SEKOLAH KEBANGSAAN KERTEH

KEPriST

Maklumat Sekolah

1.1.     SEJARAH SEKOLAH

1.1.1      LATAR BELAKANG SEKOLAH

SK Kerteh terletak di kawasan persisiran pantai  di pekan Kerteh yang terdiri  dari tiga blok bangunan (blok A satu tingkat, blok B dua tingkat dan blok C tiga  tingkat) kelas, kantin, pejabat dan surau. Sejarah sekolah terbahagi kepada dua zaman iaitu sebelum dan selepas merdeka.

1.1.2.    SEJARAH SEBELUM MERDEKA

Pada asalnya SK Kerteh di kenali sebagai Sekolah Melayu Kerteh. Ditubuhkan pada tahun 1919 yang terletak di Kampong Tengah Kerteh. Di tadbir oleh seorang Guru Besar. Sekolah ini didirikan di sebuah rumah yang dibahagi kepada  lima bahagian kecil yang dipanggil kelas. Bilangan muridnya hanyalah 18 orang.

1 .   Guru  Besar pertama Sekolah Melayu Kerteh ialah En.Sulaiman Long.
( Sekolah Melayu Kerteh berpindah pula ke bangunan Mahkamah Rendah Kerteh yang terletak di Kampong Tengah Kerteh. )

2.   Guru Besar  kedua En.Mohamad bin Kling dari Melaka. Bilangan muridnya 18 orang dalam satu darjah tetapi tahap pencapaian yang berbeza. (kelas 1,2,3,4 dan5). Murid-murid kelas tiada had umur.dan tidak mempunyai  uniform sekolah.

3.   Guru Besar ketiga  En.Said  bin A.Bakar berasal dari Kemasik Terengganu. Lulusan Sultan Idris Tranning Collage Tg. Malim Perak. Mula berkhidmat di Sekolah Melayu Kerteh pada tahun 1940. Penolong Kanan  En.Othman bin Tahir. Pada ketika itu syarat menjadi  guru besar ialah guru mesti lulusan dari SITC Tg. Malim Perak.
                                                                                        
4.   Guru Besar keempat En.Razak bin Akil berasal dari Kg. Ranggon, Kerteh, Terengganu yang berkelulusan SITC. Berkhidmat dari tahun 1942 hingga 1945 semasa pemerintahan Jepun. En. Othman bin Tahir sebagai Penolong Kanan dan menjalani latihan perguruan dalam negeri.(di bawah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu )

5.   Guru Besar kelima ialah En. Harun bin Othman berasal dari Melaka. Bertugas tahun 1946 hingga 1953. En. Harun adalah lulusan SITC Tg. Malim Perak. En.Othman bin Tahir masih lagi Guru Penolong Kanan.(makluman-Guru Besar En. Razak dan En. Harun merupakan anak murid En. Othman Tahir)

6.  Guru Besar keenam  ialah En. Sulong bin Hassan. Mula bertugas tahun 1954 hingga 1956. Berasal dari Marang, Terengganu dan lulusan SITC. En. Ismail bin Idrus dilantik sebagai Guru Penolong Kanan.

7.   Guru Besar ketujuh ialah En. Mohd Nor bin Salleh. Bertugas tahun 1957  hingga 1965 dan kelahiran Besut, Terengganu.

SELEPAS MERDEKA   
8.   Guru Besar ke lapan ialah En.Othman bin Tahir berasal dari Kerteh Terengganu.Lulusan Normal kelas (latihan di bawah Pengelola Sekolah-sekolah Terengganu) yang pertama menjadi Guru Besar. Bertugas dari tahun 1965 hingga 1969.
Bangunan sekolah masih lagi bangunan lama di Kampong Tengah Kerteh.


Bangunan baru SK Kerteh
Bangunan baru sekolah ini telah dirasmikan pada bulan Mei 1969. Diawal penubuhannya, bilangan murid hanyalah lebih kurang 200 orang berbanding bilangan guru seramai 11 orang. Waktu itu, bangunan blok A merupakan bangunan pertama yang didirikan. Mempunyai enam bilik darjah, sebuah bilik guru besar dan pengurusan pejabat serta sebuah kantin sekolah. Sekolah ini telah dirasmikan pada 21 Mac 1970 oleh Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu bagi mewakili Menteri Besar Terengganu  iaitu Dato Ibrahim Fikri bin Mohamad yang tidak dapat hadir .Tn. Hj. Che Wan Hussin bin Che Wan Nik merupakan guru besar yang pertama berkhidmat dalam tahun 1969.
Diawal 1980, Pekan Kerteh yang terdiri dari penempatan kaum nelayan telah mula berubah kependudukan kepada kehadiran kakitangan Petronas yang berkhidmat mengendalikan loji penapisan minyak dan gas yang dibina di Kerteh. Kepesatan penduduk inilah yang menyebabkan pertambahan dua blok bangunan sekolah dua tingkat dan tiga tingkat. 
( Semua maklumat sejarah SK Kerteh sebelum merdeka diperolehi  hasil daripada temuramah dan kajian dengan bekas Guru Besar SK Kerteh ke 10 Tn. Hj. Ahmad bin Kamsah yang telah bersara )

Senarai Guru Besar  di SK Kerteh di penempatan baru:

BIL GB
NAMA GURU BESAR
TAHUN BERKHIDMAT
09
Tn. Hj. Che Wan Hussin bin Che Wan Nik
1969 - 1971
10
Tn. Hj. Ahmad bin Kamsah
1972 - 1983
11
Tn. Hj. Yusof bin Embong
1983 -16.03.1993
12
Tn. Hj. Azam bin Hj.Muhammad
01.03.1993 -24.02.1998
13
Tn. Hj. Mohamad bin Sulaiman
01.03.1998 -12.05.1998
14
Tn. Hj. Mohamad bin Daud
16.05.1998 – 01.06.2000
15
Pn. Khadijah binti Sulaiman
01.06.2000 – 15.03.2003
16
Tuan Zahari bin Tuan Long
16.03.2003 -11.07.2015
17
En. Mohd Rozi bin Hamid
16.07.2015 - 08.11.2017
18
En. Mohd Azman bin Musa
13.11.2017 - Sekarang

 1.1.10.  LENCANA  SEKOLAH



Lencana sekolah terdiri daripada empat warna asas iaitu putih,hitam,hijau, kuning dan merah.Lambang yang ada pada sekolah ialah :-
i)               Lambang bulan sabit bermaksud agama Islam  sebagai teras agama di sekolah
ii)                  Obor yang menyala bermaksud semangat perjuangan untuk maju dalam
Kurikulum dan kokurikulum
iii)                Warna hitam dan putih ialah bendera negeri Terengganu
iv)                Warna kuning melambangkan negeri Terengganu di bawah naungan raja
v)                  Warna putih menandakan keluhuran dan kesucian pendidikan

MOTTO SEKOLAH:
           
          “PENGETAHUAN SULUH BUDIMAN”


Pengertian:
     PENGETAHUAN:  Pentingnya mencari ilmu dalam berbagai bidang untuk            menambah pengetahuan 
SULUH  : Ilmu yang di pelajari menjadi panduan hidup untuk menghadapi cabaran hidup 
BUDIMAN : Melahiran insan yang berbudi serta sahsiah yang mulia menuju insan  kamil
TAGLINE SEKOLAH:

                            “UNGGUL PEKERTI LONJAK PRESTASI”

               Lagu Sekolah