Info SK Kerteh

Selalulah berzikir setiap saat untuk membersihkan segala kekotoran hati

Juara Zon Timur " Who's The Genius "


Tahniah diucapkan kepada pasukan SK Kerteh yang telah menjuarai Pertandingan Who's The Genius yang telah dianjurkan oleh NSTP dengan kerjasama Ducth Lady pada 15 Oktober 2011 baru-baru ini. Pertandingan yang diadakan di Mesra Mall, Kerteh ini disertai oleh 20 buah sekolah dari Terengganu, Pahang dan Kelantan. Kemenangan ini melayakkan SK Kerteh mewakili Zon Timur ke peringkat akhir yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 12 November nanti. Sama-sama kita doakan semoga pasukan sekolah kita yang diwakili oleh Mohamad Fahrulradzi b Mohd Fadir tahun 6C1, Ahmad Khairul Irfan bin Khalid tahun 5C1 dan Muhammad Firdaus b Zamzuri tahun 5C1 akan memenangi pertandingan di peringkat akhir nanti. Insya'allah..
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment