Mutiara Kata

Selalulah berzikir setiap saat untuk membersihkan segala kekotoran hati

SESI PERSEKOLAHAN 2012 BERMULA....

Selamat kembali kepada semua warga guru dan pelajar SK Kerteh untuk sesi persekolahan tahun 2012. Juga Selamat datang diucapkan kepada adik-adik pelajar tahun 1. SK Kerteh memulakan sesi baru dengan kekuatan seramai 45 orang guru dan 6 orang staf sokongan serta 705 orang pelajar.
Selamat datang juga diucapkan kepada guru yang baru bertukar ke SK Kerteh iaitu Cikgu Mohd Zukri Mejah dari SK Kg Baru, Kerteh. Semoga dengan kedatangan cikgu akan menyuntikkan lagi semangat kita untuk sama-sama mencapai SEKOLAH BITARA tahun 2015 nanti. Salam perpisahan serta sekalung penghargaan juga diucapkan kepada Cikgu Mohd bin Senik yang dinaikkan pangkat ke jawatan Guru Besar di SK Seri Bandi 2, Cikgu Mahayu Abd Rashid yang telah bertukar ke SK Pusat Chabang Tiga, Kuala Terengganu dan Cikgu Rohsyam Mohd Sani ke SK Kemasek. Jasamu tetap kami kenang selamanya.

Semoga tahun 2012 akan membawa seribu kejayaan dan kecemerlangan kepada kita. Kejayaan harus diteruskan. Kecemerlangan harus digapai. BERILTIZAM KE ARAH KECEMERLANGAN.

1 comment:

  1. woww nice entry indeed... =)

    I just voted for you at Worlds Bloggers And Social Media Awards 2012.. all the best ya..

    Plsssss vote for me for THE WORST BLOG OF THE YEAR @ http://socialmediaweek.com.my/awards/category.php?id=33 "click vote di link www.bicaramakdara.com thank youuuuuuuuu =)

    ReplyDelete