Info SK Kerteh

Selalulah berzikir setiap saat untuk membersihkan segala kekotoran hati

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2012




Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan dengan kerjasama antara SK Kerteh dan Masjid Tengku Mizan telah diadakan pada 11 Februari 2012 ( Sabtu ). Majlis disertai oleh para pelajar SK Kerteh dan sekolah-sekolah yang berhampiran. Majlis dimulakan dengan perarakan serta selawat beramai-ramai yang bermula dari padang astaka Kerteh mengelilingi kampung berhampiran. Sejurus tamat perarakan, Pertandingan Nasyid antara sekolah-sekolah berhampiran pula diadakan di masjid tersebut. Secara keseluruhan pertandingan yang dipertandingkan, SK Kerteh telah berjaya mendapat tempat ketiga. TAHNIAH diucapkan kepada semua. Namun, apa yang penting adalah penghayatan kita dalam menghargai dan mengenang segala kehebatan Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW.


No comments:

Post a Comment