SEKOLAH KEBANGSAAN KERTEH

KEPriST

PENCALONAN SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN 2012

Tahun ini SK Kerteh telah disenarai pendek antara 15 buah sekolah rendah di Terengganu untuk diverifikasikan oleh pihak nazir untuk pencalonan Sekolah Kluster Kecemerlangan. Bidang utama yang dipilih oleh pihak sekolah sebagai " niche area " atau kebitaraan sekolah iaitu :

a ) Bidang Kebitaraan Akademik - Sains
b ) Bidang Kebitaraan Ko-kurikulum - i) Bolasepak ii) Robotik

Sebagai persediaan tersebut, semua warga SK Kerteh telah bertungkus lumus berpadu tenaga menyiapkan apa yang patut menjelang hari verifikasi tersebut. Unit Sekolah Rendah JPN Terengganu sebagai rujukan utama pihak sekolah ke arah verifikasi tersebut juga telah membuat jadual pemantauan khusus untuk membimbing pihak sekolah. SK Kerteh telah dijadualkan pada 18 April 2012 untuk tarikh pemantauan tersebut. Semoga segala usaha dan pengorbanan kita akan membuahkan hasil yang positif ke arah kecemerlangan SK Kerteh hendaknya.





No comments:

Post a Comment