SEKOLAH KEBANGSAAN KERTEH

KEPriST

Majlis Persaraan & Perpisahan

Satu Majlis Persaraan Ketua Pembantu Tadbir, Pn Katini bt Othman dan Majlis Perpisahan dua orang guru Sk Kerteh iaitu En Khairuddin bin Ismail ( Bertukar ke SK Seri Paka, Dungun ) dan Pn Kamisah bt Talib ( bertukar ke Sk Meraga Beris, Kemaman ) telah diadakan pada 6 Februari 2013. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Pegawai Pelajaran Daerah Kemaman, Tuan Haji Sulaiman bin Mohamed serta guru-guru besar dari sekolah-sekolah yang pernah Pn Katini berkhidmat. Satu tayangan video khas yang memaparkan tentang biografi serta penglibatan Pn Katini di SK Kerteh ini telah ditayangkan khusus untuk menghargai segala jasa dan bakti beliau sepanjang berada di sekolah ini. Sesungguhnya dengan persaraan tersebut, SK Kerteh amat kehilangan seorang warga kerja yang begitu dedikasi serta cekap dalam menjalankan tugas terutama dalam hal-ehwal kewangan sekolah. Terima kasih kami ucapkan di atas segala tunjuk ajar dan jasa bakti selama ini. Semoga Pn Katini akan sentiasa berbahagia di samping keluarga dan kehidupan selepas persaraan ini. Terima kasih diucapkan juga kepada Cikgu Khairudin Ismail dan Pn Kamisah Talib yang telah bertukar ke sekolah baharu. Semoga terus berbakti kepada anak bangsa walau di mana jua anda berada.




No comments:

Post a Comment