SEKOLAH KEBANGSAAN KERTEH

KEPriST

Sambutan Maulidur Rasul 1434H

Tarikh : 7 FEBRUARI 2013 ( KHAMIS )



Sambutan Majlis Maulidur Rasul 1434H telah disambut dengan meriahnya oleh warga SK Kerteh pada tahun ini. Majlis dimulai dengan perarakan murid dan guru mengikut rumah sukan masing-masing beserta selawat ke atas Nabi Junjungan Muhammad SAW mengelilingi kampung di sekitar kawasan sekolah. Setelah selesai berarak, murid-murid ditempatkan di kantin sekolah untuk menyaksikan Pertandingan Selawat antara rumah sukan dan mendengar ceramah tentang riwayat hidup Rasulullah SAW yang telah disampaikan oleh Ustaz Anuar b Salleh. Di akhir sambutan, majlis penyampaian hadiah telah diadakan kepada mereka-mereka yang berjaya di dalam pertandingan iaitu :
1) Pertandingan Perarakan : Johan - Rumah Uranus
2) Pertandingan Selawat : Johan - Rumah Marikh
3) Pertandingan Sepanduk : Johan - Rumah Zuhrah

No comments:

Post a Comment