Info SK Kerteh

Selalulah berzikir setiap saat untuk membersihkan segala kekotoran hati

Majlis Khatam Al-Quran Kali ke-6 Peringkat Sekolah

Pada 22 Oktober 2013 ( Selasa ) telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran Kali Ke-6 peringkat sekolah di SK KERTEH, Kemaman, Terengganu. Majlis ini diadakan bertujuan untuk meraikan  para pelajar yang telah berjaya mengkhatam Al-Quran sepanjang program tasmik diadakan oleh pihak sekolah pada setiap tahun. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk memberi galakkan kepada pelajar-pelajar lain untuk sama-sama mempertingkatkan bacaan Al-Quran mereka sekaligus turut berkhatam di masa akan datang. Pada tahun ini, seramai 43 orang murid tahun 6 dan 5 telah menyertai acara khatam ini. Majlis ini telah dirasmikan oleh wakil dari Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman.




No comments:

Post a Comment